ibu

assalamualaikum suma.. d kesempatan ini gue mo kongsi ckit peringatan sbgai renungan utk kta suma.. seperti yg kta tahu, d Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad ke-dua pada bulan Mei. bgus jg ad hari ni sebenarnya utk mmberi kesedaran kpd kta suma ttg pengorbanan seorang ibu. hargai la ibubapa kta, ingat la pegorbanan ibubapa kta yg telah membesar kn kta.


Pesan nabi s.a.w:::

>Sabda nabi s.a.w
“ Reda Allah terletak reda kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan kedua ibubapa”.

>Seorang lelaki bertemu dengan nabi s.a.w lalu bertanya, “Bolehkah saya berjihad? Nabi bertanya; “adakah kamu ada ibubapa? Jawab lelaki tersebut; “ya, ada. Maka nabi bersabda berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya”. (Riwayat Bukhari)

>Imam Bukhari melaporkan dari Abu Hurairah r.a berkata;

“Datang seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w; “Ya Rasulallah! siapakah yang lebih berhak untuk aku melakukan kebaikan kepadanya? Jawab nabi s.a.w, “ibumu, dia bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi bapamu.

>Ibnu Kathir melaporkan dalam tafsirnya dari Sulaiman Bin Buraidah dari bapanya;

“Seorang lelaki melakukan Tawaf sambil mendukung ibunya, lalu dia bertanya kepada nabi adakah dia telah menunaikan hak ibunya? jawab nabi, “ tidak, tidak walaupun satu kesakitan yang pernah ditanggung oleh ibumu sewaktu mengandungkanmu”.

ni ad ckit video utk renungan:::

ingat lah. jgn biar kta menyesal d kemudian hari.. yg PERGI x akan dtg kembali..

Renung2 kn lah:::

“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah."

Al-Fatihah jg kepada sahabat2 n saudara2 yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihny ibu mmbawa ke syurga. moga roh ibu2 dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan golongan orang yg beriman dan bertakwa..amiin..

hati2 d jalan raya,, ingat la org yg tersayang

layan...

mutiara kata 2:

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

mutiara kata 3:
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

mutiara kata 4:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Comments