renung2 kn

kisah nabi daud dan ulat
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-zabur, dengan tiba2 dia terpandang seekor ulat merah pada debu. lalu Nabi Daud A.S berkata pada dirinya, "apa yg dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

sebaik sahaja nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata2. lalu ulat itu pun berkata2 kpd nabi Daud A.S. "wahai nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kpd ku untuk membaca 'subhanallahu walhamdulillahi wala ilahi illallahu walllahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malam nya Allah mengilhamkan ku supaya membaca ' allahumma solli ala muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

setelah ulat itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kpd nabi Daud A.S, "apakah yg dapat kamu katakan kepada ku agar aku dapat faedah darimu?"

akhirnya nabi Daud menyedari akan kesilapan nya kerana memandang remeh dgn ulat tersebut, dan dia sgt takut kpd Allah S.W.T, maka nabi Daud pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

begitulah sikap para nabi A.S apabila mereka mnyedari kesilapan yg telah dilakukan dan dgn segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kpd Allah S.W.T. kisah2 yg berlaku para zaman nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang remeh kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama2 kita tumpangi.

iblis dalam masjid
suatu petang ketika Rasulullah S.A.W hendak masuk ke dalam masjid, maka baginda terpandang iblis dekat pintu, lalu Rasulullah bertanya, "wahai iblis ! apa yang kamu buat di sini ?" iblis berkata:" sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu orang yang sedang sembahyang , tetapi aku takut kepada orang yang sedang tidur dekat dengan orang yang sembahyang itu."

Rasulullah S.A.W bertanya ," kenapa engkau tidak takut kepada orang yang tengah sembahyang, sedangkan dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah S.W.T dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?" lalu iblis berkata:"orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim. kalau saya berjaya mengganggunya sehingga merosakkan sembahyang nya itu, saya khuatir orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu."

(sumber: surau al-irfan KML)



Comments